Pertaburan geografi Bahasa_Poland

Bahasa Poland dituturkan terutamanya di Poland. Poland merupakan salah satu negara Eropah yang paling homogeneous mengenai bahasa ibundanya; hampir 97% Orang Poland mengisytiharkan Bahasa Poland sebagai bahasa ibunda mereka, disebabkan oleh penyingkiran bangsa Jerman semasa Perang Dunia Kedua, dan tekanan penindasan (suppression) terhadap bahasa-bahasa asing oleh pihak Komunis semasa Perang Dingin. Selepas Perang Dunia Kedua, bekas wilayah-wilayah Poland yang ditawan oleh KRSS masih mempunyai ramai Orang Poland yang tidak hendak atau tidak mahu berhijrah ke Poland-selepas-1945 dan kini masih ada minoriti besar etnik Poland di Lithuania, Belarus, dan Ukraine.

Bahasa Poland merupakan bahasa minoriti yang digunakan paling meluas di Vilnius County (26% bilangan penduduk, menurut banci 2001). Di Ukraine, Bahasa Poland sering digunakan di kawasan Lviv dan Lutsk. Belarus Barat mempunyai minoriti etnik Poland yang penting, terutamanya di kawasan-kawasan Brest dan Grodno.

Argentina, Australia, Austria, Azerbaijan, Brazil, Kanada, Republik Czech, Estonia, Finland, Germany, Greece, Hungary, Israel, Ireland, Kazakhstan, Latvia, New Zealand, Norway, Afrika Selatan, Sweden, Romania, Rusia, Slovakia, UAE, UK, Uruguay dan Amerika Syarikat juga mempunyai bilangan penutur Bahasa Poland yang tertonjol.